30 Oktober 2009

Program RIMUP 2009

Pn. Wong sedang menunjukkan pembuatan seni kraf tangan....



permainan congkak....


seni tarian cina....







Buat pertama kalinya, kedengaran mazik tarian singa di SK Bandar Baru Batang Kali sempena Pelancaran dan Penutupan Program RIMUP yang disempurnakan oleh Tuan Haji Khalid b. Ahmad Taufik, Guru Penolong Kanan Kurikulum, SK Bandar Baru Batang Kali. Program ini bermula pada 29 Oktober 2009 sehingga 30 Oktober 2009.

Pelbagai acara telah dijalankan dibeberapa lokasi yang berasingan. Acara permainan tradisional kaum india seperti permainan kavadi. Permainan kaum cina pula seperti tarian cina dan kraf cina.











27 Oktober 2009

Seminar Asas Kesihatan dan Kebersihan

Pada hari Sabtu yang lalu, 24 Oktober 2009, bertempat di Akademik Bomba, Kuala Kubu Bharu telah berlangsung Seminar Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Seminar sehari ini telah dihadiri oleh guru besar sekolah rendah dan pengetua sekolah menengah, guru unit katin dan guru unit kesihatan serta pengusaha kantin sekolah-sekolah rendah dan menengah di Daerah Hulu Selangor.

Seminar ini dapat meningkatkan kefahaman peserta tentang Asas Kebersihan dan Keselamatan dalam penyediaan makanan di semua sekolah rendah dan menengah. Seminar ini telah dirasmikan oleh Dr. Ong Wee Sing, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor. Peserta seminar juga dapat berkongsi pengalaman dengan dua orang penceramah yang dijemput khas iaitu En. Ruba Sundaraman dan En. Osman b. Daud. Diharap seminar ini dapat diadakan lebih kerab bagi mendedahkan kepada kumpulan sasar tentang kefahaman asas kebersihan dan keselamatan makanan sebelum makanan tersebut dimakan oleh murid-murid sekolah.

22 Oktober 2009

Percutian di Bukit Gambang.


Peta ke Gambang...

Caribbean Bay Resort...

Pangsapuri Keluarga...


Rumah contoh...

Bandar baru Gambang di tanah 100 ekar dibangunkan untuk menjadikan Gambang sebagai bandar percutian yang menarik. Dikelilinggi 7 tasik buatan serta rumah dan pangsapuri untuk disewa oleh pengunjung. Fasa pertama telah siap dibina dan telah dibuka kepada orang ramai untuk menikmati percutian sambil mandi di kolam buatan manusia. Keterangan lanjut boleh melawati laman web htpp://www.sentoria.com.my.....Selamat bercuti.....

Johan bola sepak dan bola jaring.


tempat ke-3
naib johan


johan

tempat ke-3 (kelas 6 E)




naib johan (kelas 6 A)

johan (kelas 6 G)

Tahniah kepada pemenang pertandingan bola jaring dan bola sepak.






21 Oktober 2009

Pinjaman Tanpa Bayaran Balik.

Pernahkah engkorang dengar,pinjam duit tapi tak perlu bayar..ha sekali dengar macam tak masuk akal, betul tak..gila punya kerja apa..sape yang bagi pinjam duit tak payah bayar ni,dah macam sedekah ajer..tapi ada syarat la bro..kalau engkorang dapat ikut syarat dan buat seperti yang ada dalam sistem,bukan hanya pinjaman jadi percuma tapi engkorang boleh jadi jutawan beb..betul aku tak tipu..Cara dia senang je bro..syarat yang paling utama engkorang kena buat pinjaman la..minima RM10k je..lepas tu engkorang pergi ke mana-mana cawangan ALRAJHI yang berhampiran..bukak savings akaun..bukan mahal pun RM150 je.. takkan tak boleh kot..bila dah bukak akaun engkorang akan dapat 'c.i.c no'..Bila dah ada 'c.i.c no'..apa yang engkorang perlu buat hanya ajak kawan2 yang nak meminjam untuk buat pinjaman menggunakan engkorang punya 'c.i.c no'..dari situ engkorang akan dapat dua income.

PERTAMA-BONUS PENAJAAN (0.5% HINGGA 1.3%)RM10k hingga RM14.9k (dihimpun selama sebulan)= 0.5%RM15k hingga RM49.9k (dihimpun selama sebulan)= 1%RM50k keatas tiada had (dihimpun selama sebulan)=1.3%Bonus penajaan ni di bayar hanya untuk level pertama sahaja dan mengikut kes yang lulus..andaikata engkorang hantar kes pada bulan ini sebanyak RM500k,dan semua lulus dalam bulan itu jugak..maka engkorang akan di bayar RM 6500..bonus penajaan akan di bayar pada korang, setiap 25hb..tapi kalau engkorang takde hantar kes,so takderla bayaran..bonus ni boleh diumpamakan macam gaji la bro..ada kerja ada gaji..takder kerja saper nak bayar..melainkan engkorang bukak kompeni sendiri..Tapi berbaloi bro..kalau engkorang duduk mengeteh dengan member..sambil minum tu engkorang bukaklah citer sikit pasal pinjaman percuma ni...katakan engkorang duduk dengan dia sejam..dan dia bersetuju nak buat pinjaman RM50k..engkorang tau berapa nilai dia...engkorang kiralah dengan nilai 1.3%, maknanya dalam masa sejam engkorang boleh dapat RM 650 bro.. tapi pinjaman dia kena lulus dulu lah...saper nak bagi..sebulan punya gaji tu bro..itu baru sorang..tapi tak kan dalam dunia ni engkorang cuma ada sorang je member..kalau ada sorang tak dapek den nak nolong..poi mandi bungo lah ekau jang.. lagipun kita duduk dalam persekitaran orang yang memang perlukan duit..jadi nak cari prospek bukan susah sangat...bukan kena jual barang pun..satu sen modal pun tak kena keluar...modal air liur je...

BONUS KEDUA- BONUS BULANAN ( yang ini yang menjadikan pinjaman kita free)Bila engkorang masuk program ni..bank akan iktiraf engkorang sebagai rakan kongsi..so bank akan kongsi untung bersih ansuran bulanan orang yang meminjam bawah engkorang sebanyak 12.5% selama tempoh ikatan...maknanya kalau diorg pinjam untuk tempoh 15 tahun (max bagi kakitangan kerajaan) maka engkorang akan dapat duit selama 15 tahun jugaklah.. sehinggalah dia habis buat pembayaran...contoh...Member engkorang pinjam 10k untuk tempoh 15 tahun..ansuran bulanan RM 132...daripada ansuran bulanan dia, engkorang akan dapat sebanyak RM 3.15...nampak macam kecik...itu baru pinjam RM10k..kalau dia pinjam 50k..engkorang kiralah RM 3.15 x 5= RM 15.75..maknanya pendapatan bulanan bergantung atas jumlah pinjaman..lagi besar jumlah pinjaman lagi besarlah bonus engkorang. Asasnya pada RM 3.15..itu baru sorang..tapi tak kan engkorang ada sorang je kawan..Bonus ni di bayar dari level 1 hingga level 4..jadi jumlah bayaran bonus dikira dari jumlah keseluruhan kumpulan yang terkumpul..katakan jumlah yang terkumpul dari level 1 hingga level 4 mencecah RM 10 juta...jadi bonus bulanan engkorang sebanyak RM 3150..selama tempoh diorg meminjam..kalau semuanya pinjam 15 tahun...ha lu pikirlah sendiri..duk sajer kat umah pun takper..goyang kaki tunggu duit masuk je..apa nak risau 15 tahun boleh dapat..tapi jangan lah duduk sajer bro..kalau boleh buat duit banyak..kita pulunlah..berwawasan lah sikit.

SYARAT UNTUK MEMINJAM ( KAKITANGAN KERAJAAN)
-Gaji minima RM600-Blacklist,ccris,ctos takder masalah ( jangan muflis ajer)
-Jawatan tetap-Minima tempoh bekerja melebihi 3 bulan
-Pemotongan melalui angkasa..

APA YANG PERLU ANDA SEDIAKAN
-Salinan kad pengenalan- 4 keping disahkan majikan
-Slip gaji terkini dan salinan-1 keping disahkan majikan
-Slip gaji 2 bulan terdahulu- 3 keping setiap satu disahkan majikan
-Salinan buku bank (muka depan yg ada no akaun)
-1 keping (mana2 bank yang engkorang nak duit pinjaman dimasukkan)
-Baki pinjaman terkini-1 keping (kalau nak buat overlap)

Apa kata kita cuba, manalah tahu, impian menjadi kenyataan. Rujuk laman : http://www.alrajhibank.com.my/

Pemilihan murid prasekolah SKBBBK tahun 2010.








Bertempat di kelas prasekolah, pada jam 11.30 pagi telah dijalankan pemilihan murid ke kelas prasekolah bagi tahun 2010. Panel Pemilihan telah diketuai oleh Puan Sharifah Aini, selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Nik Raihan (Guru Prasekolah), Puan Norhayati (Pembantu Prasekolah), Ustazah Mariam (Penyelaras KWAM) dan Puan Sharifah Anisah. Mereka akan memilih murid semarai 25 orang yang akan bersekolah di prasekolah Sk Bandar Baru Batang Kali. Tahniah kepada mereka yang berjaya.
















Pertandingan Akhir Bola Sepak dan Bola Jaring.

Cikgu Nasa kepenatan mengendalikan perlawanan bola sepak...
merancang startegi...


kejar bola...

sepak mula....




jaringkan bola.....



Perlawanan bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. 4 pasukan bertanding bagi merebut tempat ke-4, ke-3, naib johan dan johan. Tahniah kepada pasukan yang menang.











20 Oktober 2009

Prasekolah juga mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

guru prasekolah yang kepenatan....setelah mengawal murid prasekolah makan kuih-muih yang mereka bawa dari rumah.




makan elok-elok tau...jangan berterabur di lantai.....


Prasekolah juga mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009. Guru prasekolah, Puan Nik Raihan bt. Nik Mat serta pembantu prasekolah, Puan Norhayati bt. Zakaria sibuk membantu mengagihkan kuih muih kepada murid-murid prasekolah. Terima kasih cikgu.......









Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SK Bandar Baru Batang Kali.








SK Bandar Baru Batang Kali telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah diadakan bermula pada jam 10.35 pagi. Murid dikumpulkan di beberapa lokasi supaya memudahkan urusan pentadbiran.

Turut sama Hari Keluarga SK Taman Bunga Raya 1.








Aku juga turut sama menyertai warga SK Taman Bunga Raya 1 pada hari keluarga tersebut.

Perlawanan bola sepak dan bola jaring....

Pada 16 Oktober 2009, telah dijalankan pula perlawanan bola sepak dan perlawanan bola jaring.

Aktiviti Selepas UPSR 2009.....

Aktiviti selepas UPSR berjalan seperti yang dijadualkan. Pada minggu lepas (14 dan 15 Oktober 2009) telah dijalankan permainan dalaman antara murid. Antara permainan dalaman yang dipertandingkan ialah dam, catur, susunan blok, congkak, karom dan batu serembam. Perlawanan akhir bagi semua acara akan dijalankan pada 21 Oktober 2009 (Rabu).

19 Oktober 2009

Hari Keluarga SK Taman Bunga Raya 1.




Pada 17 Oktober 2009, bertempat di Restu Bonda, Ulu Kalong, Ulu Yam, telah diadakan Hari keluarga SK Taman Bunga Raya 1. Seramai 60 keluarga telah memeriahkan hari keluarga tersebut. Pelbagai acara telah dijalankan seperti acara kanak-kanak, acara keluarga, acara dewasa perempuan berpasangan dan dewasa lelaki berpasangan. Puan Zalina bt. Zubir, Guru Besar SK Taman Bunga Raya turut hadir memeriahkan lagi hari keluarga tersebut.



Cuti Deepavali....

Hari ini, sekolahku cuti peristiwa sempena Deepavali. Jadi aku mengambil kesempatan menanda projek kt akhir tahun. Alhamdulillah, semuanya dapat ku tanda dan berikan markah....

15 Oktober 2009

Dah balik kursus....

Kini aku bertugas kembali setelah berkursus di Hotel Putera, Kuala Lumpur. Bolehla sambung semula aktiviti selepas UPSR 2009.

14 Oktober 2009

Rakan-rakan membina blog...


Pengalaman membina blog.

Hari ini aku bertuah kerana dapat mengikuti kursus membina blog sendiri yang sekian lama aku tunggu. Dapat juga aku dapat bina blog sendiri....Terima kasih Tuan Syed Hassan b. Syed Muhamed.

Selamat Datang ke Blog Saya.

Belajar membina blog dengan En. Syed Hassan....terima kasih atas ilmu yang dicurahkan....