27 Oktober 2009

Seminar Asas Kesihatan dan Kebersihan

Pada hari Sabtu yang lalu, 24 Oktober 2009, bertempat di Akademik Bomba, Kuala Kubu Bharu telah berlangsung Seminar Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Seminar sehari ini telah dihadiri oleh guru besar sekolah rendah dan pengetua sekolah menengah, guru unit katin dan guru unit kesihatan serta pengusaha kantin sekolah-sekolah rendah dan menengah di Daerah Hulu Selangor.

Seminar ini dapat meningkatkan kefahaman peserta tentang Asas Kebersihan dan Keselamatan dalam penyediaan makanan di semua sekolah rendah dan menengah. Seminar ini telah dirasmikan oleh Dr. Ong Wee Sing, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor. Peserta seminar juga dapat berkongsi pengalaman dengan dua orang penceramah yang dijemput khas iaitu En. Ruba Sundaraman dan En. Osman b. Daud. Diharap seminar ini dapat diadakan lebih kerab bagi mendedahkan kepada kumpulan sasar tentang kefahaman asas kebersihan dan keselamatan makanan sebelum makanan tersebut dimakan oleh murid-murid sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan