27 Disember 2009

Bercuti di Gambang, Pahang.

Kolam mandi dewasa.
Santai sambil mandi di kolam kanak-kanak.

Air pancut kanak-kanak.

Mahal senyum.

Sebahagian kawasan yang masih belum diterokai.

Anjung hadapan.

Bilik utama.

Meja makan.


Pada 23 Disember 2009, aku berkesempatan bercuti di Bukit Gambang, Kuantan , Pahang.










17 Disember 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431.......

Bercuti di Hotel Puteri. Ayer Keroh, Melaka.

Bertempat di Hotel Puteri, Ayer Keroh, Melaka, aku berkesempatan bercuti sempena cuti sekolah tahun ini.

29 November 2009

Mesyuarat di Hotel Everly, Melaka.

kamar mandi....
cermin diri....

tempat minum di ruang tamu....
ruang tamu....

kamar tidur utama...

kolam renang.....

pandangan sayap kiri hotel.....






Pada 12 - 13 November 2009, aku bermesyuarat di Hotel Everly, Tanjung Kling, Melaka. Aku tak la begitu sukar untuk menuju ke destinasi. Selepas susur keluar tol Simpang Empat, aku menuju ke Tanjung Kling melalui lebuhraya AMJ. Setelah 20 km, aku menyusur ke lebuhraya ke .........

















Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Syok juga tahun ini, aku dapat melapah lembu sekali lagi. Surau kat umah, 2 ekor lembu korban. Bab sembeleh aku kurang minat sikit. Tapi bab melapah memang aku suka. Kena ingat la juga, pisau kena tajam. Jika tak tajam, kena asah le pulak selalu.

Esoknya pula (Sabtu), surau kat umah mertua aku la pulak. Aku jadi tukang melapah dan timbang. Penat la juga. Almaklum 13 ekor lembu setiap seekor dagingnya hampir 70 kg. Hampir sampai waktu zohor la juga. Penat tu memang le penat tapi seronok dapat pengalaman. Lepas solat zohor, acara makan nasi dengan sup tulang korban. Ok juga la.

Abang ipar aku (Osman) beri aku kepala lembu. Mak oooo. Nak buat apa ni? Nak tak nak, aku juga yang kena buat. Dapat banyak gak daging. Hampir 3 kg. Dapat juga otak dan lidah. Nak buat masak apa, akak ngah aku yang masak. Aku makan je.....

12 November 2009

Mesyuarat Pemantapan Pemetaan Mata Pelajaran Geografi dan Alam Sekitar.

GC Geografi.
Urusetia mesyuarat.

Antara peserta mesyuarat.

Saya telah mengikuti mesyuarat pementapan pemetaan mata pelajaran geografi dan pendidikan alam sekitar yang diadakan di Hotel Everly, Tanjung Kling, Melaka. Mesyuarat bermula pada 11 -13 November 2009. Mesyuarat ini bertujuan membina sukatan kurikulum baru (KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah).

Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan pertama (aku la ketuanya) - tahun 2-3, kumpulan kedua - tahun 4 -6, Kumpulan ketiga - Tingkatan 2 -3 dan kumpulan keempat - tingkatan 4 dan 5. Mesyuarat ini telah mendedahkan peserta pentingnya mata pelajaran Geografi dan Pendidikan Alam Sekitar untuk membina generasi akan datang.

08 November 2009

Lawatan Ahli Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ke Tanah Tinggi Cameron.

Taman bunga....
Kilang Boh....

Pekan Bringchang...


Tepat jam 11.10 malam, bas yang membawa 19 orang guru dan 26 orang murid bertolak ke Tanah Tinggi Cameron. Sebelum bertolak, Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan, Untaz Abdul Rahman b. Harun membacakan doa agar perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai kembali.

Bas mengikut jalan lama sebelum mengikut leluhraya melalui tol Tanjung Malam. Setelah sejam 15 minit perjalanan, kami tiba di Hentian Rehat dan Rawat Tapah. Kami sempat makan dan minum sebelum kami meneruskan perjalanan pada tapat jam 2 pagi.

Aku sedar ketika bas yang kami naiki sedah pun berada di Bringchang, iaitu kira-kira jam 4.14 pagi. Aku meneruskan tidurku sehingga aku terjaga dengan laungan azan subuh, masjid Bingchang. Setelah menunaikan solat subuh, ada dikalangan kami yang mandi dikedinginan air yang menusuk sampai ke tulang.

Jam 7 pagi kami ke medan selara yang bersarapan. Aku kaget apabila melihat senarai menu dan harga yang tertera di gerai makan. Nasi lemak biasa RM2.00 (tanpa telur). Seperti yang aku jangkakan, aku dikenakan bayaran RM8.50 untuk saparan nasi lemak + telur goreng + nascafe o + nasi lemak biasa + 1/2 telur rebus + naget 1 + milo ais. Rata-rata temanku akan berbelanja melebihi RM15 bagi 4 orang yang makan hampir sama dengan apa yang aku pesan. (Dalam hati, mahal juga makan kat sini. Jika kat umah aku, dah kira bersaparan lauk ayam dan kerang, boleh tambah paru lagi.....)

Setelah bersarapan, kami menuruskan perjalanan. Destinasi pertama adalah ladang Boh. Kami menaiki bas sekolah yang lebih kecil. Mengusuri jalan yang sempit yang kiri dan kanannya adalah ladang tea yang terkenal bukan sehaja di Malaysia malah diserata negara. Ada ketikanya bas yang kami maniki berselisih dengan kereta dari arah yang bertentangan. Namun kami sampai juga di ladang boh setelah 10 minit perjalanan. Kami berkesempatan untuk melihat sendiri daun tea yang telah dikeringkan, diracik halus mengikut kesesuaian dan pembungkusan tea. Setelah 20 minit melawat kilang, kami ke gerai jualan tea. Pelbagai jenis tea disediakan untuk pemgemar tea. Tea berperasa oren, strawberry, lemon, anggur dan sebagainya. Sebagai pengemar tea, semastinya tea berparasa strawberry menjadi pilihan utama. Salain itu, aku juga membeli tea berperasa vanila dan tea berperasa coklat. Setelah selesai membeli-belah, sempat juga kami menikmati panorama ladang tea yang masih dingin pada ketika ini walaupun sudah jam 9.10 pagi.

Destinasi berikutnya kami ke ladang lebah. Betapa aku terkejut apabila mendapati ada beberapa lebah besar di ladang tersebut. Setelah mengusuri kotak-kotak sarang lebah, kami ke destinasi berikutnya, ladang bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga antaranya bunga raya, bunga ros (pelbagai warna) dan sebagainya. Ada sahaja bunga yang menarik perhatianku, aku akan merakamnya di lensa kameraku. Setelah puas menjelajahi ladang bunga ini, kami ke destinasi yang seturusnya.

Taman rama-rama. Agik menarik juga melihat pelbagai jenis dan saiz rama-rama yang terdapat
di taman ini. Namun taman rama-rama ini agak kecil jika dibandingkan dengan Taman Rama-rama di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ada juga beberapa specsis haiwan juga ditempatkan di sini. Antaranya kala jengking, cicak besar, kumbang tanduk, mentadak daun dan cicak kubing. Kami mengambil masa 20 minit untuk menjelajah taman rama-rama ini.

Selepas itu, kami ke destimasi yang seterusnya iaitu ladang tanaman strawberry. Sebaik sahaja sampai, kami menyerbu ladang strawberry. Hajat kami ingin memetik strawberry namun kami tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak pengurusan. Kami ke gerai jualan untuk menikmati buah strawberry yang baru dipetik, strawberry jeruk dan yang mendapat perhatian kami adalah aiskrim strawberry. Harganya RM6.00 tanpa colklat dan RM7.00 bagi yang bercoklat. Sedang kami menikmati aiskrim tersebut, kami terlihat papan tanda yang memberitahu kami bahawa cawan yang kami gunakan tidak boleh dibawa balik. Kami hanya tersenyum dan berpandangkan antara satu sama lain. Maksudnya cawan yang kami guna ini akan digunakan kembali setelah dibersihkan. he..he..he..










04 November 2009

Perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Rendah, Daerah Hulu Selangor 2009

Bertempat di Kem Haji Kamaruddin, Batang Kali, telah diadakan satu perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah melibatkan 65 orang murid sekolah rendah di Daerah Hulu Selangor. Perkhemahan tersebut telah diadakan bermula 2 Oktober sehingga 4 Oktober 2009.

02 November 2009

Penerokaan Sains oleh Pusat Sains Negara.

penceramah dari Pusat Sains Negara.....

menerbangkan kapal terbang masing-masing....


murid dan kapal terbangnya......



membina keseimbangan.....


ingin tahu......



Pada hari khamis (29 Oktober 2009) yang lalu, bertempat di Dewan Gemilang, SK Bandar Baru Batang Kali, telah diadakan program penerokaan sains yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara. Seramai 76 orang murid telah mengikuti program ini.











01 November 2009

Eksplorasi Ke Melaka

sakan membeli-belah...
murid dan guru.....

Menara Taming Sari.


nasi lemak dan puyuh goreng berempah...



dapat pegang puyuh hidup...




Bagi mengakhiri Program Sinar Kegemilangan UPSR 2009, SK Bandar Baru Batang Kali, seramai hampir 110 orang murid dan 12 orang guru telah melakukan eksplorasi ke Melaka, Bandaraya Bersejarah. Program lawatan ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dibawah seliaan Puan Norhanim bt. Taha.

Bertolak seawal jam 6.00 pagi, namum atas sebab kelewatan bas, maka kami mula bertolak pada jam 7.15 pagi. Destinasi pertama adalah di Kampung Sawah, Lubuk China, Negeri Sembilan bagi melihat sendiri Penternakan Burung Puyuh. Kami tiba lebih kurang jam 10.30 pagi. Di sini terdapat 9 kandang termasuk 2 kandang yang baru dibina. Di samping menternak puyuh, ikan keli, ikan puyu dan ikan baung juga diternak bagi menambah sumber pendapatan. Murid juga berkesempatan untuk menikmati burung puyuh goreng berempah yang menjadi salah satu masakan yang porpular di sini. Terima kasih En. Ayob bin Baba di atas kesudian untuk membenarkan kami melawat Ladang Burung Puyuh tersebut.

Setelah menikmati keenakkan burung puyuh goreng, kami bertolak ke Taman Buaya. Pada jam 12.40 tgh. kami tiba di sini. Kami juga sempat ke rumah hantu, menaiki keretapi serta berkesempatan mandi-manda di Taman Buaya ini. Setelah jam 3.30 petang kami bertolak ke Bandar Hilir, destinasi yang ditunggu-tunggu.

Walaupun perjalanan diiringi hujan, namun semangat kami masih membara. Setibanya kami di Bandar Hilir, kami terus solat di surau, salah satu kemudahan yang disediakan di Bandar Hilir. Pada jam 5.00 petang, kami ke Menara Taming Sari untuk menikmati pemandangan sekitar Bandar Hilir. Dengan bayaran RM4.50 bagi kanak-kanak dan RM8.00 bagi guru (harga berkumpulan), kami dapat menikmati panorama Bandar Hilir. Selama lebih kurang 7 minit kami berada di Menara Taming Sari. Pengalaman yang menakjubkan. Sempat juga kami mendaki kota A Farmosa dan membeli belah di baza Dataran Pahlawan.

Jam 7.40 malam. kami betolak balik, menuju destinasi Rehat dan Rawat sebelah Seremban, menghala ke Kuala Lumpur. Kami tiba pada jam 8.35 malam. Setelah selesai makan, kami meneruskan perjalanan yang masih diiringi hujan yang kadang-kala agak lebat. Perasaan kami lega apabila kami sampai ke sekolah pada jam 12.05 tgh malam. Walaupun penat, namun pengalaman yang kami timba, tidak dapat kami lupakan....Terima kasih semua atas pengalaman ini......

30 Oktober 2009

Program RIMUP 2009

Pn. Wong sedang menunjukkan pembuatan seni kraf tangan....



permainan congkak....


seni tarian cina....







Buat pertama kalinya, kedengaran mazik tarian singa di SK Bandar Baru Batang Kali sempena Pelancaran dan Penutupan Program RIMUP yang disempurnakan oleh Tuan Haji Khalid b. Ahmad Taufik, Guru Penolong Kanan Kurikulum, SK Bandar Baru Batang Kali. Program ini bermula pada 29 Oktober 2009 sehingga 30 Oktober 2009.

Pelbagai acara telah dijalankan dibeberapa lokasi yang berasingan. Acara permainan tradisional kaum india seperti permainan kavadi. Permainan kaum cina pula seperti tarian cina dan kraf cina.











27 Oktober 2009

Seminar Asas Kesihatan dan Kebersihan

Pada hari Sabtu yang lalu, 24 Oktober 2009, bertempat di Akademik Bomba, Kuala Kubu Bharu telah berlangsung Seminar Asas Kebersihan dan Keselamatan Makanan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Seminar sehari ini telah dihadiri oleh guru besar sekolah rendah dan pengetua sekolah menengah, guru unit katin dan guru unit kesihatan serta pengusaha kantin sekolah-sekolah rendah dan menengah di Daerah Hulu Selangor.

Seminar ini dapat meningkatkan kefahaman peserta tentang Asas Kebersihan dan Keselamatan dalam penyediaan makanan di semua sekolah rendah dan menengah. Seminar ini telah dirasmikan oleh Dr. Ong Wee Sing, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor. Peserta seminar juga dapat berkongsi pengalaman dengan dua orang penceramah yang dijemput khas iaitu En. Ruba Sundaraman dan En. Osman b. Daud. Diharap seminar ini dapat diadakan lebih kerab bagi mendedahkan kepada kumpulan sasar tentang kefahaman asas kebersihan dan keselamatan makanan sebelum makanan tersebut dimakan oleh murid-murid sekolah.

22 Oktober 2009

Percutian di Bukit Gambang.


Peta ke Gambang...

Caribbean Bay Resort...

Pangsapuri Keluarga...


Rumah contoh...

Bandar baru Gambang di tanah 100 ekar dibangunkan untuk menjadikan Gambang sebagai bandar percutian yang menarik. Dikelilinggi 7 tasik buatan serta rumah dan pangsapuri untuk disewa oleh pengunjung. Fasa pertama telah siap dibina dan telah dibuka kepada orang ramai untuk menikmati percutian sambil mandi di kolam buatan manusia. Keterangan lanjut boleh melawati laman web htpp://www.sentoria.com.my.....Selamat bercuti.....

Johan bola sepak dan bola jaring.


tempat ke-3
naib johan


johan

tempat ke-3 (kelas 6 E)




naib johan (kelas 6 A)

johan (kelas 6 G)

Tahniah kepada pemenang pertandingan bola jaring dan bola sepak.






21 Oktober 2009

Pinjaman Tanpa Bayaran Balik.

Pernahkah engkorang dengar,pinjam duit tapi tak perlu bayar..ha sekali dengar macam tak masuk akal, betul tak..gila punya kerja apa..sape yang bagi pinjam duit tak payah bayar ni,dah macam sedekah ajer..tapi ada syarat la bro..kalau engkorang dapat ikut syarat dan buat seperti yang ada dalam sistem,bukan hanya pinjaman jadi percuma tapi engkorang boleh jadi jutawan beb..betul aku tak tipu..Cara dia senang je bro..syarat yang paling utama engkorang kena buat pinjaman la..minima RM10k je..lepas tu engkorang pergi ke mana-mana cawangan ALRAJHI yang berhampiran..bukak savings akaun..bukan mahal pun RM150 je.. takkan tak boleh kot..bila dah bukak akaun engkorang akan dapat 'c.i.c no'..Bila dah ada 'c.i.c no'..apa yang engkorang perlu buat hanya ajak kawan2 yang nak meminjam untuk buat pinjaman menggunakan engkorang punya 'c.i.c no'..dari situ engkorang akan dapat dua income.

PERTAMA-BONUS PENAJAAN (0.5% HINGGA 1.3%)RM10k hingga RM14.9k (dihimpun selama sebulan)= 0.5%RM15k hingga RM49.9k (dihimpun selama sebulan)= 1%RM50k keatas tiada had (dihimpun selama sebulan)=1.3%Bonus penajaan ni di bayar hanya untuk level pertama sahaja dan mengikut kes yang lulus..andaikata engkorang hantar kes pada bulan ini sebanyak RM500k,dan semua lulus dalam bulan itu jugak..maka engkorang akan di bayar RM 6500..bonus penajaan akan di bayar pada korang, setiap 25hb..tapi kalau engkorang takde hantar kes,so takderla bayaran..bonus ni boleh diumpamakan macam gaji la bro..ada kerja ada gaji..takder kerja saper nak bayar..melainkan engkorang bukak kompeni sendiri..Tapi berbaloi bro..kalau engkorang duduk mengeteh dengan member..sambil minum tu engkorang bukaklah citer sikit pasal pinjaman percuma ni...katakan engkorang duduk dengan dia sejam..dan dia bersetuju nak buat pinjaman RM50k..engkorang tau berapa nilai dia...engkorang kiralah dengan nilai 1.3%, maknanya dalam masa sejam engkorang boleh dapat RM 650 bro.. tapi pinjaman dia kena lulus dulu lah...saper nak bagi..sebulan punya gaji tu bro..itu baru sorang..tapi tak kan dalam dunia ni engkorang cuma ada sorang je member..kalau ada sorang tak dapek den nak nolong..poi mandi bungo lah ekau jang.. lagipun kita duduk dalam persekitaran orang yang memang perlukan duit..jadi nak cari prospek bukan susah sangat...bukan kena jual barang pun..satu sen modal pun tak kena keluar...modal air liur je...

BONUS KEDUA- BONUS BULANAN ( yang ini yang menjadikan pinjaman kita free)Bila engkorang masuk program ni..bank akan iktiraf engkorang sebagai rakan kongsi..so bank akan kongsi untung bersih ansuran bulanan orang yang meminjam bawah engkorang sebanyak 12.5% selama tempoh ikatan...maknanya kalau diorg pinjam untuk tempoh 15 tahun (max bagi kakitangan kerajaan) maka engkorang akan dapat duit selama 15 tahun jugaklah.. sehinggalah dia habis buat pembayaran...contoh...Member engkorang pinjam 10k untuk tempoh 15 tahun..ansuran bulanan RM 132...daripada ansuran bulanan dia, engkorang akan dapat sebanyak RM 3.15...nampak macam kecik...itu baru pinjam RM10k..kalau dia pinjam 50k..engkorang kiralah RM 3.15 x 5= RM 15.75..maknanya pendapatan bulanan bergantung atas jumlah pinjaman..lagi besar jumlah pinjaman lagi besarlah bonus engkorang. Asasnya pada RM 3.15..itu baru sorang..tapi tak kan engkorang ada sorang je kawan..Bonus ni di bayar dari level 1 hingga level 4..jadi jumlah bayaran bonus dikira dari jumlah keseluruhan kumpulan yang terkumpul..katakan jumlah yang terkumpul dari level 1 hingga level 4 mencecah RM 10 juta...jadi bonus bulanan engkorang sebanyak RM 3150..selama tempoh diorg meminjam..kalau semuanya pinjam 15 tahun...ha lu pikirlah sendiri..duk sajer kat umah pun takper..goyang kaki tunggu duit masuk je..apa nak risau 15 tahun boleh dapat..tapi jangan lah duduk sajer bro..kalau boleh buat duit banyak..kita pulunlah..berwawasan lah sikit.

SYARAT UNTUK MEMINJAM ( KAKITANGAN KERAJAAN)
-Gaji minima RM600-Blacklist,ccris,ctos takder masalah ( jangan muflis ajer)
-Jawatan tetap-Minima tempoh bekerja melebihi 3 bulan
-Pemotongan melalui angkasa..

APA YANG PERLU ANDA SEDIAKAN
-Salinan kad pengenalan- 4 keping disahkan majikan
-Slip gaji terkini dan salinan-1 keping disahkan majikan
-Slip gaji 2 bulan terdahulu- 3 keping setiap satu disahkan majikan
-Salinan buku bank (muka depan yg ada no akaun)
-1 keping (mana2 bank yang engkorang nak duit pinjaman dimasukkan)
-Baki pinjaman terkini-1 keping (kalau nak buat overlap)

Apa kata kita cuba, manalah tahu, impian menjadi kenyataan. Rujuk laman : http://www.alrajhibank.com.my/

Pemilihan murid prasekolah SKBBBK tahun 2010.








Bertempat di kelas prasekolah, pada jam 11.30 pagi telah dijalankan pemilihan murid ke kelas prasekolah bagi tahun 2010. Panel Pemilihan telah diketuai oleh Puan Sharifah Aini, selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Nik Raihan (Guru Prasekolah), Puan Norhayati (Pembantu Prasekolah), Ustazah Mariam (Penyelaras KWAM) dan Puan Sharifah Anisah. Mereka akan memilih murid semarai 25 orang yang akan bersekolah di prasekolah Sk Bandar Baru Batang Kali. Tahniah kepada mereka yang berjaya.