08 November 2009

Lawatan Ahli Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan ke Tanah Tinggi Cameron.

Taman bunga....
Kilang Boh....

Pekan Bringchang...


Tepat jam 11.10 malam, bas yang membawa 19 orang guru dan 26 orang murid bertolak ke Tanah Tinggi Cameron. Sebelum bertolak, Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan, Untaz Abdul Rahman b. Harun membacakan doa agar perjalanan kami selamat pergi dan selamat sampai kembali.

Bas mengikut jalan lama sebelum mengikut leluhraya melalui tol Tanjung Malam. Setelah sejam 15 minit perjalanan, kami tiba di Hentian Rehat dan Rawat Tapah. Kami sempat makan dan minum sebelum kami meneruskan perjalanan pada tapat jam 2 pagi.

Aku sedar ketika bas yang kami naiki sedah pun berada di Bringchang, iaitu kira-kira jam 4.14 pagi. Aku meneruskan tidurku sehingga aku terjaga dengan laungan azan subuh, masjid Bingchang. Setelah menunaikan solat subuh, ada dikalangan kami yang mandi dikedinginan air yang menusuk sampai ke tulang.

Jam 7 pagi kami ke medan selara yang bersarapan. Aku kaget apabila melihat senarai menu dan harga yang tertera di gerai makan. Nasi lemak biasa RM2.00 (tanpa telur). Seperti yang aku jangkakan, aku dikenakan bayaran RM8.50 untuk saparan nasi lemak + telur goreng + nascafe o + nasi lemak biasa + 1/2 telur rebus + naget 1 + milo ais. Rata-rata temanku akan berbelanja melebihi RM15 bagi 4 orang yang makan hampir sama dengan apa yang aku pesan. (Dalam hati, mahal juga makan kat sini. Jika kat umah aku, dah kira bersaparan lauk ayam dan kerang, boleh tambah paru lagi.....)

Setelah bersarapan, kami menuruskan perjalanan. Destinasi pertama adalah ladang Boh. Kami menaiki bas sekolah yang lebih kecil. Mengusuri jalan yang sempit yang kiri dan kanannya adalah ladang tea yang terkenal bukan sehaja di Malaysia malah diserata negara. Ada ketikanya bas yang kami maniki berselisih dengan kereta dari arah yang bertentangan. Namun kami sampai juga di ladang boh setelah 10 minit perjalanan. Kami berkesempatan untuk melihat sendiri daun tea yang telah dikeringkan, diracik halus mengikut kesesuaian dan pembungkusan tea. Setelah 20 minit melawat kilang, kami ke gerai jualan tea. Pelbagai jenis tea disediakan untuk pemgemar tea. Tea berperasa oren, strawberry, lemon, anggur dan sebagainya. Sebagai pengemar tea, semastinya tea berparasa strawberry menjadi pilihan utama. Salain itu, aku juga membeli tea berperasa vanila dan tea berperasa coklat. Setelah selesai membeli-belah, sempat juga kami menikmati panorama ladang tea yang masih dingin pada ketika ini walaupun sudah jam 9.10 pagi.

Destinasi berikutnya kami ke ladang lebah. Betapa aku terkejut apabila mendapati ada beberapa lebah besar di ladang tersebut. Setelah mengusuri kotak-kotak sarang lebah, kami ke destinasi berikutnya, ladang bunga. Terdapat pelbagai jenis bunga antaranya bunga raya, bunga ros (pelbagai warna) dan sebagainya. Ada sahaja bunga yang menarik perhatianku, aku akan merakamnya di lensa kameraku. Setelah puas menjelajahi ladang bunga ini, kami ke destinasi yang seturusnya.

Taman rama-rama. Agik menarik juga melihat pelbagai jenis dan saiz rama-rama yang terdapat
di taman ini. Namun taman rama-rama ini agak kecil jika dibandingkan dengan Taman Rama-rama di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ada juga beberapa specsis haiwan juga ditempatkan di sini. Antaranya kala jengking, cicak besar, kumbang tanduk, mentadak daun dan cicak kubing. Kami mengambil masa 20 minit untuk menjelajah taman rama-rama ini.

Selepas itu, kami ke destimasi yang seterusnya iaitu ladang tanaman strawberry. Sebaik sahaja sampai, kami menyerbu ladang strawberry. Hajat kami ingin memetik strawberry namun kami tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pihak pengurusan. Kami ke gerai jualan untuk menikmati buah strawberry yang baru dipetik, strawberry jeruk dan yang mendapat perhatian kami adalah aiskrim strawberry. Harganya RM6.00 tanpa colklat dan RM7.00 bagi yang bercoklat. Sedang kami menikmati aiskrim tersebut, kami terlihat papan tanda yang memberitahu kami bahawa cawan yang kami gunakan tidak boleh dibawa balik. Kami hanya tersenyum dan berpandangkan antara satu sama lain. Maksudnya cawan yang kami guna ini akan digunakan kembali setelah dibersihkan. he..he..he..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan